CASTROL RX FIFA WORLD CUP SMART CHALLENGE SMS & WINSyarat & Peraturan Peraduan
(Kakitangan – Kaunter Jualan & Mekanik)
Pihak Penganjur & Kelayakan
-
Peraduan CASTROL RX FIFA WORLD CUP SMART CHALLENGE SMS & WIN ini [“Peraduan”] dianjurkan oleh BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd [“Penganjur”] dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 31hb Oktober 2009 dan merupakan kakitangan Kedai Alat Ganti atau Woksyop [“Peserta Peniagaan”] yang Turut Serta, dan menjual produk Castrol RX Fuel Saver secara langsung kepada pengguna.
- Berikut adalah golongan mereka yang tidak layak menyertai Peraduan ini:
[a] Pekerja syarikat Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan syarikat yang berkaitan] dan anggota keluarga yang terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri]; dan/atau
[b]
Wakil, pekerja, rakan niaga / pengedar, pembantu, penaja dan/atau ejen pengiklanan dan/atau pembekal khidmat promosi bagi pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan syarikat berkaitan], serta anggota keluarga terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri].
Tempoh
- Peraduan ini akan berlangsung dari 1hb Nov 2009 pada jam “00:00:00” hingga 28hb Feb 2010 pada jam “23:59:59” waktu Malaysia [GMT+0800][“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan akan terbatal.
Penyerahan Penyertaan & Kriteria Kelayakan
- Bagi menyertai Peraduan ini, and mestilah Peserta Perniagaan (Trade Participant). Pembekal (Reseller) produk Castrol RX Fuel Saver tidak layak menyertainya.
- Peserta Perniagaan (Trade Participant) dikehendaki mendaftar dengan menghantar melalui khidmat pesanan ringkas [“SMS”] dari mana-mana nombor telefon bimbit yang didaftar dalam negara. Peserta Perniagaan (Trade Participant) MESTI menggunakan nombor telefon bimbit mereka sendiri bagi menghantar penyertaan SMS mereka.
Pendaftaran dilakukan hanya sekali [1] menerusi SMS ke nombor 36300 dan mesti lengkap dengan kata kunci dan nombor Kad Pengenalan yang baru seperti berikut:
| Jualan Kaunter (kakitangan Kedai Barang Ganti) |
Mekanik (Kakitangan Woksyop) |
| Taip: CS<ruang>No. Kad Pengenalan Baru |
Taip: WM<ruang>No. Kad Pengenalan Baru |
| Dan hantar ke 36300 |
Dan hantar ke 36300 |
| |
|
| Contoh: CS 74120201665 |
Contoh: WM 731130205187 |
- Peserta Perniagaan (Trade Participant) yang berjaya mendaftarkan SMS akan menerima notis SMS termasuk Kod Pekedai (Seller code) peserta yang berjumlah empat [4] digit yang akan digunakan semasa menghantar peraduan.
- Setiap SMS yang layak diterima daripada Pengguna yang menggunakan Kod Pekedai (Seller Code) Peserta Perniagaan (Trade Participant) sepanjang Tempoh Peraduan akan diberi nombor siri mengikut masa ianya diterima jam/minit/saat/milisaat dan hh/bb/tttt.
- Setiap SMS berharga RM0.30 dan tertakluk kepada caj lazim yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi.
- Sekiranya Peserta Perniagaan (Trade Participant) lupa dan/atau hilang Kod Pekedai (Seller Code) mereka, Peserta Perniagaan (Trade Participant) boleh mendapatkan Kod Pekedai semula dengan menghantar pendaftaran SMS dan beri maklumat yang dikehendaki.
- Peserta Perniagaan (Trade Participant) dikehendaki memberitahu Kod Pekedai (Seller Code) mereka kepada Pengguna yang membeli untuk mereka mendapat mata dan mengumpulkannya.
- Mata akan diberikan kepada peserta bagi setiap SMS yang berjaya dihantar oleh Pengguna dimana kedua-dua Kod Pekedai (Seller Code) dan Kod Bukti Belian (Proof of Purchase/ POP Code) harus dimasukkan.
- Peserta Perniagaan (Trade Participant) layak mendapat satu [1] mata bagi setiap penyertaan 1 pek 5L Castrol RX Fuel Saver dan tiga [3] mata bagi penyertaan 1 baldi 18L Castrol RX Fuel Saver.
- Sekiranya Peserta Perniagaan (Trade Participant) mendapat jumlah mata terkumpul yang sama, pemenang seri akan diisih dan ditentukan oleh Peserta Perniagaan (Trade Participant) yang berjaya menghimpunkan mata terkumpul pada tarikh dan waktu terawal.
- Dengan menyertai peraduan ini, Peserta Perniagaan (Trade Participant) telah bersetuju untuk mematuhi Polisi Keselamatan BP dan telah bersetuju untuk tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu mengendalikan kenderaan.
- Peserta Perniagaan (Trade Participant) yang telah menyertai Peraduan sebelum ini tidak layak menyertai Peraduan sebagai Pengguna (End Consumer). Ini akan dikenal pasti menerusi Kad Pengenalan Peserta Perniagaan (Trade Participant).
Hadiah
- Terdapat lima [5] Kategori Hadiah bagi Peraduan ini.
- Pemenang Perniagaan (Trade Winner) yang layak dikehendaki menjawab satu set soalan dengan betul bagi memenangi hadiah.
- Kategori 1 : Pemenang Perniagaan (Trade Winner) Bulanan bagi bulan November 2009
-
Terdapat sepuluh [10] hadiah untuk dimenangi bagi kategori ini.
Sepuluh [10] Pemenang Perniagaan (Trade Winner) yang berjaya mengumpulkan mata bulanan tertinggi bagi bulan November, antara 1hb November 2009 “00:00:00” dan 30hb November 2009 “23:59:59” sahaja akan diminta menjawab satu [1] soalan. Sekiranya Pemenang Perniagaan (Trade Winner) tidak menjawab dengan betul, Pemenang Perniagaan (Trade Winner) seterusnya yang berjaya mengumpulkan mata kedua tertinggi akan diminta menjawab soalan tersebut. Sepuluh [10] Pemenang Perniagaan (Trade Winner) yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi yang dapat menjawab soalan dengan betul akan diumumkan sebagai Pemenang Perniagaan (Trade Winner) bagi bulan November dan masing-masing akan menerima satu [1] baucer beli-belah bernilai Ringgit Malaysia Satu Ratus [RM100].
- Kategori 2: Pemenang Perniagaan (Trade Winner) Bulanan bagi Bulan Disember 2009
-
Terdapat sepuluh [10] hadiah untuk dimenangi bagi kategori ini.
Sepuluh [10] Pemenang Perniagaan (Trade Winner) yang berjaya mengumpulkan mata bulanan tertinggi bagi bulan Disember, antara 1hb Disember 2009 “00:00:00” dan 31hb Disember 2009 “23:59:59” sahaja akan diminta menjawab satu [1] soalan. Sekiranya Pemenang Perniagaan (Trade Winner) tidak menjawab dengan betul, Pemenang Perniagaan (Trade Winner) seterusnya yang berjaya mengumpulkan mata kedua tertinggi akan diminta menjawab soalan tersebut. Sepuluh [10] Peserta Perniagaan (Trade Participant) yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi yang dapat menjawab soalan dengan betul akan diumumkan sebagai Pemenang Perniagaan (Trade Winner) bagi bulan Disember dan masing-masing akan menerima satu [1] baucer beli-belah bernilai Ringgit Malaysia Satu Ratus [RM100].
- Kategori 3 : Pemenang Perniagaan (Trade Winner) Bulanan bagi bulan Januari 2010
- Terdapat sepuluh [10] hadiah untuk dimenangi bagi kategori ini.
Sepuluh [10] Pemenang Perniagaan (Trade Winner) yang berjaya mengumpulkan mata bulanan tertinggi bagi bulan Januari, antara 1hb Januari 2010 “00:00:00” dan 31hb Januari 2010 “23:59:59” sahaja akan diminta menjawab satu [1] soalan. Sekiranya Peserta Perniagaan (Trade Participant) tidak menjawab dengan betul, Peserta Perniagaan (Trade Participant) seterusnya yang berjaya mengumpulkan mata kedua tertinggi akan diminta menjawab soalan tersebut. Sepuluh [10] Peserta Perniagaan (Trade Participant) yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi yang dapat menjawab soalan dengan betul akan diumumkan sebagai Pemenang Perniagaan (Trade Winner) bagi bulan Januari dan masing-masing akan menerima satu [1] baucer beli-belah bernilai Ringgit Malaysia Satu Ratus [RM100].
- Kategori 4: Pemenang Perniagaan (Trade Winner) Bulanan bagi Bulan Februari 2010
- Terdapat sepuluh [10] hadiah untuk dimenangi bagi kategori ini.
Sepuluh [10] Peserta Perniagaan (Trade Participant) yang berjaya mengumpulkan mata bulanan tertinggi bagi bulan Februari, antara 1hb Februari 2010 “00:00:00” dan 28hb Februari 2010 “23:59:59” sahaja akan diminta menjawab satu [1] soalan. Sekiranya Peserta Perniagaan (Trade Participant) tidak menjawab dengan betul, Peserta Perniagaan (Trade Participant) seterusnya yang berjaya mengumpulkan mata kedua tertinggi akan diminta menjawab soalan tersebut. Sepuluh [10] Peserta Perniagaan (Trade Participant) yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi yang dapat menjawab soalan dengan betul akan diumumkan sebagai Pemenang Perniagaan (Trade Winner) bagi bulan Februari dan masing-masing akan menerima satu [1] baucer beli-belah bernilai Ringgit Malaysia Satu Ratus [RM100].
- Kategori 5 : Pemenang Hadiah Utama bagi Peserta Perniagaan (Trade Participant)
- Terdapat sepuluh [10] hadiah untuk dimenangi bagi kategori Hadiah Utama ini.
Sepuluh [10] Peserta Perniagaan (Trade Participant) yang berjaya mengumpulkan mata keseluruhan tertinggi sepanjang Tempoh Peraduan akan diminta menjawab satu [1] soalan. Sekiranya Peserta Perniagaan (Trade Participant) tidak menjawab dengan betul, Peserta Perniagaan (Trade Participant) seterusnya yang berjaya mengumpulkan mata keseluruhan kedua tertinggi akan diminta menjawab soalan tersebut. Sepuluh [10] Peserta Perniagaan (Trade Participant) yang berjaya mengumpulkan mata keseluruhan tertinggi sepanjang Tempoh Peraduan dan dapat menjawab soalan dengan betul akan diumumkan sebagai Pemenang Perniagaan bagi Hadiah Utama dan masing-masing akan menerima:
-
Sebiji [1] Bola Sepak Eksklusif Castrol FIFA Piala Dunia bernilai Ringgit Malaysia Lima Lapan Puluh Lapan [RM88] sahaja.
- Baucer percutian bernilai Ringgit Malaysia Satu Ribu Satu Ratus [RM1,100].
Penebusan Hadiah
-
Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai, barang lain atau kredit, sama ada separuh atau sepenuhnya.
-
Pihak Penganjur berhak, atas budi bicaranya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa perlu memberi sebarang notis.
-
Pemenang Perniagaan (Trade Winner) akan diberitahu melalui SMS atau dihubungi menerusi nombor telefon yang digunakan bagi menghantar SMS. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang Perniagaan (Trade Winner) tidak dapat dihubungi atas apa-apa sebab selepas sekurang-kurangnya tiga [3] cubaan sudah dilakukan oleh pihak Penganjur atau ejennya.
Tanggungan & Tanggungjawab
-
Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dan/atau kegagalan menerima penyertaan SMS yang disebabkan oleh kegagalan rangkaian syarikat telekomunikasi atau pihak pembekal internet (ISP) berkenaan dan/atau ketidakmampuan menyediakan khidmat SMS yang tepat dan/atau cekap. Sebarang bukti penghantaran SMS tidak akan dilayan.
-
Pemenang Perniagaan (Trade Winner) perlu bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kekurangan, kemalangan kecil, kecederaan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah tersebut. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti, kemalangan kecil, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dalam apa cara sekalipun.
- Semua pengangkutan, SMS, pos/kurier, kos peribadi dan/atau kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan yang terjadi semasa menyertai Peraduan ini dan semasa menebus semua hadiah adalah tanggungjawab Pemenang Perniagaan (Trade Winner) sepenuhnya, dan Pemenang Perniagaan (Trade Winner) mesti patuh kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh pihak atau semua pihak yang menguruskan dan/atau untuk semua hadiah serta terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah-hadiah itu, jika ada.
Hak Pihak Penganjur
- Pihak Penganjur berhak menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar para Pemenang Perniagaan (Trade Winner) bagi tujuan iklan dan/atau publisiti dagangan, tanpa terlebih dahulu memberitahu para Pemenang Perniagaan (Trade Winner), dan mereka tidak boleh menuntut sebarang hak atau pampasan dalam apa jua bentuk. Semua maklumat Peserta Perniagaan(Trade Participant) dan maklumat penyertaan Peraduan akan menjadi hakmilik pihak Penganjur.
-
Dengan menyertai Peraduan ini, para Peserta Perniagaan (Trade Participant) bersetuju menerima informasi, produk atau servis pada masa hadapan dari pihak Penganjur selepas tamat Peraduan di mana pihak Penganjur berasa adalah terhadap minat Peserta Perniagaan (Trade Participant) dan komunikasi akan diberhentikan atas permintaan Peserta Perniagaan (Trade Participant).
-
Pihak Penganjur berhak untuk menukar syarat dan peraturan di dalam ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.
Syarat & Peraturan Peraduan
-
Keputusan para hakim adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.
-
Dengan menyertai Peraduan ini, para Peserta Perniagaan (Trade Participant) bersetuju mematuhi Syarat & Peraturan Peraduan, dan segala keputusan pihak Penganjur.
-
Peraturan Peraduan disediakan dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina sahaja.
- Sekiranya berlaku percanggahan antara Bahasa Inggeris dengan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina, peraturan dalam Bahasa Inggeris akan digunakan.
|