CASTROL RX FIFA WORLD CUP SMART CHALLENGE SMS & WIN
Syarat & Peraturan Peraduan
(Pengguna)
Pihak Penganjur & Kelayakan
- Peraduan CASTROL RX FIFA WORLD CUP SMART CHALLENGE SMS & WIN ini [“Peraduan”] dianjurkan oleh BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd [“Penganjur”] dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 31hb Oktober 2009 yang membeli minyak Castrol RX Fuel Saver bagi kegunaan sendiri, bukan untuk dijual semula [‘Peserta”] dari Kedai Alat Ganti atau Woksyop yang turut serta. [“Kedai yang Turut Serta”].
-
Berikut adalah golongan mereka yang tidak layak menyertai Peraduan ini:
[a] Pekerja syarikat Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan syarikat yang berkaitan] dan anggota keluarga yang terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri]; dan/atau
[b]
Wakil, pekerja, rakan niaga / pengedar, pembantu, penaja dan/atau ejen pengiklanan dan/atau pembekal khidmat promosi bagi pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan syarikat berkaitan], serta anggota keluarga terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri].
Tempoh
-
Peraduan ini akan berlangsung dari 1hb Nov 2009 pada jam “00:00:00” hingga 28hb Feb 2010 pada jam “23:59:59” waktu Malaysia [GMT+0800][“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan akan terbatal.
Penyerahan Penyertaan & Kriteria Kelayakan
- Bagi menyertai Peraduan ini, anda perlu membeli salah satu daripada dua [2] produk yang turut serta sama ada CASTROL RX Fuel Saver 5L atau 18L bagi kegunaan sendiri dari mana-mana Kedai Alat Ganti atau woksyop [“Kedai yang Turut Serta’] yang menyertai CASTROL RX FIFA WORLD CUP SMART CHALLENGE SMS & WIN. Pembekal (Reseller) produk Castrol RX Fuel Saver tidak layak untuk turut serta.
- Produk promosi CASTROL RX Fuel Saver 5L dan 18L mempunyai Kod Bukti Belian (POP/ Proof of Purchase Code) tujuh [7] angka abjad yang sahpada label produk. Pembeli yang mahu menyertai peraduan ini bertanggungjawab memastikan yang mereka juga mendapatkan Kod Pekedai (Seller Code) semasa membeli produk promosi dari Kedai-kedai yang Turut Serta.
- Peserta yang mempunyai Kod Bukti Belian (POP Code) dan Kod Pekedai (Seller Code) yang sah berpeluang memenangi Hadiah Segera atau Hadiah-hadiah CASTROL RX FIFA WORLD CUP SMART CHALLENGE SMS & WIN dengan menghantar melalui sistem khidmat pesanan ringkas [“SMS”] dari mana-mana telefon bimbit yang didaftarkan di dalam negara.
Setiap penyertaan SMS yang di hantar ke nombor 36300 perlu dilengkapkan dengan kata kunci, nombor Kad Pengenalan yang baru, Kod Bukti Belian (POP Code) sebanyak 7 digit, dan Kod Pekedai (Seller Code) seperti berikut:
Pengguna (EC):
Taip: "EC<ruang>Nombor Kad Pengenalan Baru<ruang>Kod Bukti Belian<ruang>Kod Pekedai"
Dan hantar ke nombor 36300.
Sebagai contoh: EC 811211145372 AB84832 6655
- Peserta MESTI menggunakan nombor telefon bimbit yang sama bagi setiap penyertaan SMS yang di hantar sepanjang Tempoh Peraduan berlangsung bagi memastikan ketepatan dalam pengumpulan mata di akhir Tempoh Peraduan. Penggunaan nombor telefon bimbit lebih daripada satu daripada Peserta yang sama akan menyebabkan mata diagihkan mengikut nombor telefon dan TIDAK AKAN dijumlahkan di akhir Tempoh Peraduan walaupun Nombor Kad Pengenalan yang sama digunakan.
-
Setiap Kod Bukit Belian (POP Code) tujuh [7] digit yang khusus sah hanya untuk Satu [1] penyertaan Peraduan dan Kod Pekedai (Seller Code) boleh didapati daripada Kedai yang Turut Serta (Participating Outlet). Peserta bertanggungjawab sepenuhnya memastikan yang Kod Bukti Belian (POP Code) belum digores semasa membeli produk daripada Kedai yang Turut Serta (Participating Outlet).
-
Peserta bertanggungjawab sepenuhnya bagi mendapatkan Kod Pekedai (Seller Code) bagi barang yang dibeli dari Kedai yang Turut Serta.
- Setiap SMS yang layak dan diterima semasa Tempoh Peraduan akan diberi nombor siri mengikut masa dan tarikh penyertaan diterima jam/minit/saat/milisaat dan hh/bb/tttt.
-
Setiap SMS berharga RM0.30 dan tertakluk kepada caj lazim yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi.
-
Setiap SMS yang layak dan diterima membolehkan peserta menerima Hadiah Segera berupa baucer diskaun bernilai Ringgit Malaysia Dua [RM2] untuk pembelian minyak Castrol RX Fuel Saver seterusnya.
- Peserta yang menghantar penyertaan SMS yang layak & sah akan menerima ucapan tahniah menerusi SMS termasuklah baucer diskaun dan mata yang layak diterima serta mata terkumpul. Peserta akan menerima satu [1] mata bagi setiap belian satu pek 5L Castrol RX Fuel Saver dan tiga [3] mata bagi setiap belian satu baldi 18L Castrol RX Fuel Saver.
- Setiap Peserta berhak menyerahkan lebih daripada satu [1] penyertaan yang mesti memasukkan Kod Bukti Belian (POP Code) & Kod Pekedai (Seller Code) mandatori dan memenuhi syarat penyertaan sebagaimana yang dinyatakan bagi mengumpul mata dalam usaha memenangi Hadiah Utama.
- Setiap Peserta akan dikenalpasti melalui nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon bimbit yang digunakan sewaktu menyerahkan penyertaan SMS.
- Sekiranya terdapat Peserta yang mempunyai jumlah mata terkumpul yang sama, pemenang seri akan diisih dan ditentukan oleh Peserta yang berjaya menghimpun jumlah mata pada tarikh dan waktu terawal.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta telah bersetuju untuk mematuhi Polisi Keselamatan BP dan telah bersetuju untuk tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu mengendalikan kenderaan.
- Peserta yang telah menyertai Peraduan sebagar Peserta (End-Consumer) tidak lagi layak menyertai peraduan Peserta Perniagaan (Trade Participant). Identiti anda akan dikenalpasti menerusi Kad Pengenalan.
Hadiah
- Terdapat empat [4] kategori hadiah dalam Peraduan ini.
-
Kategori 1 : Hadiah Segera
-
Setiap pemenang akan menerima satu [1] baucer diskaun Castrol RX Fuel Saver bernilai Ringgit Malaysia Dua [RM2] bagi setiap penyertaan SMS yang layak dan berjaya dihantar.
-
Kategori 2: Hadiah Utama
-
Satu [1] Hadiah Utama untuk dimenangi dalam kategori ini. Peserta yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi di akhir Tempoh Peraduan akan diumumkan sebagai pemenang Hadiah Utama dan akan menerima:
-
Satu [1] Pakej Eksklusif Perlawanan Akhir Castrol 2010 FIFA Piala Dunia di Afrika Selatan bernilai Ringgit Malaysia Lima Puluh Lima Ribu [RM55,000] sahaja.
- Wang saku sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ribu [RM3,000] sahaja.
- Sebiji [1] Bola Sepak Eksklusif Castrol FIFA Piala Dunia bernilai Ringgit Malaysia Lima Lapan Puluh Lapan [RM88] sahaja.
Penafian Hadiah Utama:
a) Perjalanan akan berlepas dari KLIA, Sepang. Kos perjalanan pergi dan pulang dari KLIA akan dibiayai oleh individu berkenaan.
b) Pemenang Hadiah Utama bertanggungjawab sepenuhnya bagi mendapatkan pasport yang sah, visa dan dokumen lain yang perlu bagi perjalanan ini. Kos bagi mendapatkan dokumen perjalanan dan insurans peribadi tidak termasuk dalam hadiah.
Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kemalangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian di mana-mana pihak atau bencana alam sepanjang perjalanan ini.
- Kategori 3: 9 Hadiah bagi Pemenang Kedua dan Seterusnya
-
Terdapat sejumlah sembilan [9] hadiah untuk dimenangi dalam kategori ini.
Peserta yang berjaya mengumpulkan jumlah mata kedua sehingga kesepuluh tertinggi di akhir Tempoh Peraduan akan diberikan kedudukan
kedua [ke-2], ketiga [ke-3], keempat [ke-4], kelima [ke-5] hingga kesepuluh [ke-10]dan akan diumumkan sebagai pemenang Hadiah Kedua hingga Kesepuluh. Masing-masing akan menerima:
- Sebiji [1] Bola Sepak Eksklusif Castrol FIFA Piala Dunia bernilai Ringgit Malaysia Lima Lapan Puluh Lapan [RM88] sahaja.
- Baucer percutian bernilai Ringgit Malaysia Satu Ribu Satu Ratus [RM1,100].
- Kategori 4: Hadiah Sagu Hati
-
Terdapat sejumlah satu ratus [100] hadiah untuk dimenangi dalam kategori ini.
Para Peserta yang berjaya mendapat tempat kesebelas [ke-11], kedua belas
[ke-12], ketiga belas [ke-13], sehingga ke tempat keseratus sepuluh [ke-110] dalam menghimpun jumlah mata tertinggi di akhir Tempoh Peraduan adalah pemenang Hadiah Sagu Hati dan masing-masing akan menerima Sebiji [1] Bola Sepak Eksklusif Castrol FIFA Piala Dunia bernilai Ringgit Malaysia Lima Lapan Puluh Lapan [RM88] sahaja.
Penebusan Hadiah
- Hadiah Segera (Baucer Diskaun Castrol RX Fuel Saver) akan dihantar melalui pos ke alamat surat-menyurat pemenang di akhir peraduan. Baucer diskaun ini hanya boleh ditebus di kedai-kedai yang dilantik sahaja. Pihak Penganjur akan memberi senarai kedai yang dilantik bersama-sama dengan baucer diskaun.
Hadiah Segera mesti ditebus sebelum atau pada tarikh luput sebagaimana yang dicatat pada setiap baucer diskaun Castrol RX Fuel Saver. Tiada penebusan akan dilayan selepas tarikh luput. Lain-lain terma dan syarat berkaitan penggunaan/penebusan baucer diskaun Castrol RX Fuel Saver akan dicetak di belakang baucer tersebut.
-
Para pemenang dikehendaki menjawab soalan-soalan yang akan dilakukan menerusi telefon sebelum dapat menuntut hadiah mereka.
- Para pemenang yang layak bagi kategori 2, 3 dan 4 dikehendaki menjawab satu set soalan dengan betul sebelum dapat menuntut hadiah yang dimenangi.
- Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai, barang lain atau kredit, sama ada separuh atau sepenuhnya dan tidak boleh ditukar hak milik.
- Pihak Penganjur berhak, atas budi bicaranya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa perlu memberi sebarang notis.
- Pemenang akan diberitahu melalui SMS atau dihubungi menerusi nombor telefon yang digunakan bagi menghantar SMS. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa-apa sebab selepas sekurang-kurangnya tiga [3] cubaan sudah dilakukan oleh pihak Penganjur atau ejennya.
Tanggungan & Tanggungjawab
- Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dan/atau kegagalan menerima penyertaan SMS yang disebabkan oleh kegagalan rangkaian syarikat telekomunikasi atau pihak pembekal internet (ISP) berkenaan dan/atau ketidakmampuan menyediakan khidmat SMS yang tepat dan/atau cekap. Sebarang bukti penghantaran SMS tidak akan dilayan.
-
Pemenang perlu bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kekurangan, kemalangan, kecederaan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah tersebut. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti, kemalangan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian).
- Semua pengangkutan, SMS, pos/kurier, kos peribadi dan/atau kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan yang terjadi semasa menyertai Peraduan ini dan semasa menebus semua hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya, dan pemenang mesti patuh kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh pihak atau semua pihak yang menguruskan dan/atau untuk semua hadiah serta terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah-hadiah itu, jika ada.
Hak Pihak Penganjur
- Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dan/atau kegagalan menerima penyertaan SMS yang disebabkan oleh kegagalan rangkaian syarikat telekomunikasi atau pihak pembekal internet (ISP) berkenaan dan/atau ketidakmampuan menyediakan khidmat SMS yang tepat dan/atau cekap. Sebarang bukti penghantaran SMS tidak akan dilayan.
-
Pemenang perlu bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kekurangan, kemalangan, kecederaan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah tersebut. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti, kemalangan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian).
- Semua pengangkutan, SMS, pos/kurier, kos peribadi dan/atau kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan yang terjadi semasa menyertai Peraduan ini dan semasa menebus semua hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya, dan pemenang mesti patuh kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh pihak atau semua pihak yang menguruskan dan/atau untuk semua hadiah serta terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah-hadiah itu, jika ada.
Peraturan Peraduan
- Keputusan para hakim adalah muktamad dan surat-menyurat akan dilayan.
- Dengan menyertai Peraduan ini, para Peserta bersetuju mematuhi Peraturan Peraduan, dan segala keputusan pihak Penganjur.
- Peraturan Peraduan disediakan dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina sahaja.
- Sekiranya berlaku percanggahan antara Bahasa Inggeris dengan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina, peraturan dalam Bahasa Inggeris akan digunakan.
|